Pendahuluan
Saidina
Ali R.A. bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang
paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang
memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai
seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada
seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan
yang terbilang.
Kehidupan
awal
Saidina
Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 601. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah
pembesar puak Quraisy dan juga bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa
Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali
merupakan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam.
Beliau
telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun. Setengah riwayat menyatakan bahawa
beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. Saidina
Ali Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri kerana
beliau adalah sepupu baginda yang membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi
S.A.W. Saidina Ali R.A. dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan
ummat Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah
sedang sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih
dahulu mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, "Apa perlunya aku
bermesyuarah dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?
Saidina
Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang
Muslim berlaku. Pada tahun 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina
Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya
mengelakkan satu percubaan membunuh baginda. Ali sendiri berhijrah beberapa
tahun selepas itu.
Sumbangan
Ali Bin Abi Talib
·
Sanggup menerima
jawatan khalifa dalam keadaan yang goyah
Beliau
sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam pada ketika itu
walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan di mana bermulanya titik pertukaran
politik negara Islam yang bercelaru apabila ramai pihak yang berebut untuk
berkuasa dan menjadi ketua. Saidina Ali bin Abi Talib telah berusaha
bersungguh-sungguh sehingga dibunuh hanya kerana untuk mengekalkan keamanan
dalam negara Islam yang telah dibina oleh junjungan mulia Nabi Muhammad
·
Menghentikan peperangan di antara umat Islam
Beliau
juga bermati-matian dalam usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian
negara. Misalnya dalam satu peperangan saudara iaitu Perang Sifin, walaupun
tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan terebut tetapi
disebabkan ada dalam kalangan pihak musuh yang rela mengangkat Al-Quran, maka
beliau sanggup menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses
perundingan.
·
Membina markas tentera di Parsi dan Syria
Biarpun
mengutamakan keharmonian dan kedamaian, Saidina Ali bin Abi Talib juga tidak
melupakan soal pertahanan negaranya. Buktinya, beliau telah membina markas
tentera di Parsi dan di sempadan Syria.
·
Meneruskan cukai jizyah kepada zimm
Untuk
mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan. Perkara ini
dinyatakandalam surat yang dihantarkan kepada alAsytar. Khalifah Ali meminta
beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada
mereka.
·
Kewafatan khalifah Ali
Bin Abi Thalib
Pada
tahun 661M Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, akibat dibunuh oleh kaum
Khawarij. Kerana mereka tidak suka dengan perubahan yang dilakukan oleh saidina
Ali, bahkan mengganggap Saidina Ali yang berkomplot membunuh Khalifah Uthman.
No comments:
Post a Comment