Khulafa ar-Rasyidin
atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil
atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Perkataan khalifah atau khalifat
(tunggal), jama’nya khulafa bermaksud pengganti iaitu pengganti Rasulullah SAW.
Kemudiannya ia digunakan untuk jawatan ketua umum dalam pentadbiran hal ehwal
dunia dan agama menggantikan Rasulullah SAW. Kedudukan dan taraf khalifah dari
segi kuasanya adalah sama taraf dengan Rasulullah SAW dan setiap orang wajib
mentaatinya. Pemilihan seorang khalifah adalah sesuatu yang mesti dilakukan
oleh umat Islam selepas baginda wafat. Ia suatu yang sangat sukar kerana
sebelum baginda wafat, baginda tidak pernah menamakan sesiapa yang seharusnya
dilantik mengetuai negara Islam.
Pada mulanya tiada
sesiapa yang mempedulikan tentang masalah perlantikan khalifah. Tetapi apabila
isu itu timbul, ia menjadi masalah dan mendapat perhatian serius dari seluruh
umat Islam. Pada ketika masalah perlantikan khalifah, golongan Ansar
mencalonkan Sa’ad bin Ubadah, golongan Muhajirin pula mencadangkan Abu Bakar
bin al-Siddiq. Dan golongan yang ketiga, golongan Bani Hasyim mencalonkan Ali
bin Abi Talib. Walaupun umat Islam mengalami masalah untuk perlantikan khalifah
tetapi perpaduan umat Islam tetap terpelihara di mana Abu Bakar al-Siddiq telah
terpilih dengan suara majoriti dan diterima oleh semua dalam perhimpunan
anjuran golongan Ansar itu. Ia diperkukuhkan lagi dengan lafaz taat setia
(bai’ah) di dalam atur cara yang dijalankan semasa perlantikan khalifah-khalifah
yang berikutnya. Selepas perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah,
bermulalah zaman khulafa ar-rasyidin.
Khulafa ar Rasydin
terdiri daripada empat sahabat :
·
Abu Bakar As-Siddiq, 632-634 M
·
Umar bin Al-Khattab, 634-644 M
·
Uthman bin Affan, 644-656 M
·
Ali bin Abi Talib, 656-661 M
Selepas kematian
Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani
Umayyah.
No comments:
Post a Comment