- Khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat terhadapnya. Oleh itu, seseorang khalifah yang hendak dipilih sepatutnya memiliki keupayaan dan kemampuan dalam pelbagai aspek terutamanya keagamaan dan kemahiran dalam mentadbir.
- Pelantikan khalifah-khalifah dalam Khulafa Ar Rasyidin berlaku secar demokrasi. Pemilihan dilakukan oleh umat Islam dalam majlis yang dikenali sebagai Majlis Syura yang ahli-ahlinya terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dan ketua-ketua kaum.
- Pelantikan khalifah tanpa berdasarkan kelayakan akan memusnahkan dan menghancurkan sesebuah kerajaan dan akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
- Pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin telah banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam serta meluaskan wilayah Islam.
- Selepas pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin, sistem pemerintahan Islam telah bertukar daripada sistem syura kepda warisan, namun begitu, sistem berkhalifah masih kekal hingga ke zaman Turki Uthmaniyyah. Antara kerajaan yang memerintah zaman itu ialah kerajaan Bani Umaiyah, kerajaan Abbasiyah, kerajaan Turki Uthmaniyah dan diikuti oleh kerajaan Islam di India, China dan Nusantara.
No comments:
Post a Comment